Wednesday, July 25, 2007

Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu Brunei

Majlis 'Badak-Badak Mandi' adalah pembukaan adat istiadat perkahwinan orang-orang melayu diBrunei. Biasanya ia diadakan dua minggu(zaman bulu) sebelum majlis bersanding. Istiadat 'Badak-Badak Mandi' ini hanyalah dihadiri oleh keluarga yang terdekat sahaja. Bakal pengantin akan ditepung tawar dengan menggunakan bedak yang diperbuat daripada tepung beras dan ditambah dengan bunga melor untuk memberi aroma yang segar harum.

Selesai menepung tawar bakal pengantin itu, istiadat 'Badak-Badak Mandi' pun dimulakan. Bakal pengantin akan dilulur dengan bedak tradisional dari muka hingga ke hujung kaki. Kemudian akan disiram dengan air yang dicampur dengan langir dan limau nipis. Dikelilingi oleh tujuh orang kanak-kanak yang memakai selindang yang berlainan warna setiap seorang dengan memeggang sebatang lilin kecil yang dinyalakan sehingga majlis bersiram selesai.

Apabila istiadat bersiram selesai, adat mengurung pengantin akan dimulakan. Bakal pengantin akan dijaga luar dan dalam, rohani dan jasmani oleh seorang 'Pengangun'(mak andam) didalam sebuah bilik khas yang di gelar 'Bilik Beangun'(bilik berandam). Bakal pengantin tidak akan disuruh keluar rumah sepanjang perintah berkurung itu dan disyaratkan memakai pakaian bewarna putih. Muka dan badan tak tanggal dengan bedak sejuk. Makan dan minum bakal pengantin akan dihidangkan sendiri oleh 'Pengangun'. Di sinilah peranan 'Pengangun' nampak tersangat penting. Dialah orang yang bertanggung jawab untuk mengajar hal ehwal suami-isteri kepada si bakal pengatin itu. Dan menjaga kesihatan bakal pengantin supaya nampak berseri sehingga naik ke jinjang pelamin nanti.

Istiadat seterusnya 'Malam Babadak'(malam berbedak). Pengantin perempuan akan digendong dari bilik 'Beangun'(berandam) hingga sampai kepelaminan dan didudukan diatas sehelai tikar khas(biasanya kain baldu bertenun benang emas) berbentuk segi empat tepat. Empat batang dian bewarna kuning diletakan diempat penjuru tikar tersebut. Bedak tradisional(serupa dengan bedak 'Badak-Badak Mandi' diatas tapi diwarnakan dengan tujuh warna dan disimpan kedalam tujuh mangkok khas). Para tetamu akan 'menculiki'(menepung tawar) dengan bedak tujuh warna itu ketangan pengantin perempuan dengan iringan zikir merhaban. Manakala bagi bakal pengantin lelaki pula akan berjalan terus kepelamin diringi oleh 'Pengangun' untuk majlis malam berbedak tersebut

Adab Hubungan Kelamin/Jimak suami isteri

Dunia barat menganggap apa saja perbuatan yang dilakukan oleh pasangan suami isteri semasa melakukan persetubuhan adalah normal dan baik sekiranya perlakuan tersebut disetujui oleh kedua-dua pihak dan dapat merangsang seks. Islam mempunyai adab yang terkandung di dalamnya nilai-nilai akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak petunjuk dalan Al-Quran dan Hadis yang membicarakan adab hubungan kelamin suami isteri.

1) Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama.
Pasangan pengantin baru digalakkan sembahyang sunat dua rakaat. Setelah menunaikan sembahyang, disunatkan pula agar pihak suami membaca surah Al -Fatihah tiga kali dan surah Al-Ikhlas tiga kali, kemudian dilanjutkan dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak tiga kali. Selanjutnya si suami hendaklah berdoa kepada Allah agar mereka berdua sentiasa saling cinta mencintai.

2) Berwuduk selepas bersetubuh
Pasangan hendaklah terlebih dahulu membasuh kemaluan dan mengambil wuduk jika ingin melakukan persetubuhan ulangan pada satu malam. Berwuduk setelah selesai bersetubuh boleh menguatkan tenaga untuk persetubuhan seterusnya.

3) Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah.
Perlakuan hubungan kelamin suami isteri bukanlah semata-mata untuk memenuhi kehendak biologi pasangan. Ia juga seharusnya bertujuan untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunah Rasulullah. Allah akan memberikan ganjaran pahala yang sewajarnya bagi pasangan yang melakukan persetubuhan atas tuntutan agama. Para suami berniat bahawa beliau menggauli isterinya sebagai bersedekah kepada isterinya. Dengan kata lain, suami melakukan amal ibadah yang diberi pahala. Begitu juga dengan isteri yang melakukan persetubuhan dengan suaminya akan tergolong dalam amal ibadah yang berpahala kerana dengan tindakannya itu ia melaksanakan perintah agama untuk taat kepada suami. Oleh yagn demikian, persetubuhan juga perlu dimulakan dengan bacaan Basmalah dan doa supaya dengan bacaan itu suami isteri dan juga bayi yang mungkin lahir dihindarkan daripada godaan syaitan.

4) Pergauli isteri dengan cara yang sopan.
Para suami hendaklah menggauli isterinya dengan cara yang ma'ruf(baik). Termasuk kewajipan untuk bergaul secara ma'ruf ini ialah dalam hal yang berkaitan dengan hubungan kelamin dengan isteri.

5) Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu.
Suami yang ingin menyetubuhi isterinya hendaklah terlebih dahulu melakukan cumbuan untuk menimbulkan keinginan seks isterinya. Denga cara ini, kedua-dua pihak sama-sama mendapat merasakan kepuansan dariapda hubungan kelamin tersebut. Sehubungan dengan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda;
Jangan ada di antara kamu yang menyetubuhi isterinya seperti kelakuan haiwan melainkan adakanlah di antaranya satu tanda. Bertanya salah seorang: Apa tanda itu ya Rasulullah?, Jawab Rasulullah: Cium dan berkata yang manis.

6) Tidak mementingkan kepuasan diri.
Semasa melakukan hubungan kelamin, pasangan suami isteri diharapkan dapat mencapai orgasme secara bersama. Bagaimanapun terdapat keadaan di mana suami terlebih dahulu ataupun suami sahaja mencapai kemuncak. Dalam hal ini, suami perlu meimikirkan kepentingan kepuasan isteri. Jika suami sidah orgasme dan merasa puas, maka hendaklah dia memberi peluang kepada isterinya untuk mencapai kemuncaknya kerana terkadang wanita lambat orgasme. Kalau suami mencabut zakarnya sebelum isteri orgasme, maka isterinya mungkin kecewa dan nafsunya terus bergelojak. Sebaik-baiknya orgasme itu sama berlakunya bagi suami dan isteri dan ini menambahkan nikmatnya persetubuhan. Persetubuhan yang baik ialah kedua-dua pihak mendapat kepuasan.

Bersambung...

Penjagaan Bayi

Bayi yang baru dilahirkan sering terdedah kepada berbagai penyakit berjangkit yang boleh dicegah dengan pemberian suntikan/imunisasi. Oleh itu Kementerian Kesiahtan telah menjadualkan beberapa suntikan yang perlu diberikan kepada bayi setelah dilahirkan iaitu:

Sebaik dilahirkan - BCG (untuk pencegahan Tibi), Hepatitis B dos pertama (cegah penyakit hati)

1 Bulan - Hepatitis B dos kedua

3 bulan - Tiga serangkai dos pertama (untuk mencegah penyakit batuk kokol, dipteria dan tetanus), Polio dos pertama (untuk penyakit lumpuh)

4 Bulan - Tiga serangkai dos kedua, Polio dos kedua

5 Bulan - Tiga serangkai dos ketiga, Polio dos ketiga, Hepatitis B dos ketiga

9 Bulan - Campak

Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa membawa bayi ke klinik untuk diperiksa dan diberi suntikan-suntikan tersebut supaya bayi tidak dijangkiti penyakit merbahaya yang boleh dicegah melalui imunisasi dan diberi percuma di klinik-klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan. Bayi-bayi yang dibawa ke klinik juga akan diperiksa dan dibuat penilaian berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan mereka dan anggota kesihatan dari masa ke semasa akan membberi nasihat berkaitan dengan penjgaan bayi.