Monday, July 30, 2007
Forum TipsKahwin kini dibuka!
Anda boleh memberi pendapat, cadangan, komen dan sebagainya di sini. Gunakan medium perantara ini sebaik mungkn untuk kita sama-sama memahami erti perkahwinan yang sebenar.
sila lawati di sini. Forum TipsKahwin.Com, atau klik pada menu di atas sekali pada Forum tipsKahwin.
Wednesday, July 25, 2007
Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu Brunei
Selesai menepung tawar bakal pengantin itu, istiadat 'Badak-Badak Mandi' pun dimulakan. Bakal pengantin akan dilulur dengan bedak tradisional dari muka hingga ke hujung kaki. Kemudian akan disiram dengan air yang dicampur dengan langir dan limau nipis. Dikelilingi oleh tujuh orang kanak-kanak yang memakai selindang yang berlainan warna setiap seorang dengan memeggang sebatang lilin kecil yang dinyalakan sehingga majlis bersiram selesai.
Apabila istiadat bersiram selesai, adat mengurung pengantin akan dimulakan. Bakal pengantin akan dijaga luar dan dalam, rohani dan jasmani oleh seorang 'Pengangun'(mak andam) didalam sebuah bilik khas yang di gelar 'Bilik Beangun'(bilik berandam). Bakal pengantin tidak akan disuruh keluar rumah sepanjang perintah berkurung itu dan disyaratkan memakai pakaian bewarna putih. Muka dan badan tak tanggal dengan bedak sejuk. Makan dan minum bakal pengantin akan dihidangkan sendiri oleh 'Pengangun'. Di sinilah peranan 'Pengangun' nampak tersangat penting. Dialah orang yang bertanggung jawab untuk mengajar hal ehwal suami-isteri kepada si bakal pengatin itu. Dan menjaga kesihatan bakal pengantin supaya nampak berseri sehingga naik ke jinjang pelamin nanti.
Istiadat seterusnya 'Malam Babadak'(malam berbedak). Pengantin perempuan akan digendong dari bilik 'Beangun'(berandam) hingga sampai kepelaminan dan didudukan diatas sehelai tikar khas(biasanya kain baldu bertenun benang emas) berbentuk segi empat tepat. Empat batang dian bewarna kuning diletakan diempat penjuru tikar tersebut. Bedak tradisional(serupa dengan bedak 'Badak-Badak Mandi' diatas tapi diwarnakan dengan tujuh warna dan disimpan kedalam tujuh mangkok khas). Para tetamu akan 'menculiki'(menepung tawar) dengan bedak tujuh warna itu ketangan pengantin perempuan dengan iringan zikir merhaban. Manakala bagi bakal pengantin lelaki pula akan berjalan terus kepelamin diringi oleh 'Pengangun' untuk majlis malam berbedak tersebut
Adab Hubungan Kelamin/Jimak suami isteri
1) Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama.
Pasangan pengantin baru digalakkan sembahyang sunat dua rakaat. Setelah menunaikan sembahyang, disunatkan pula agar pihak suami membaca surah Al -Fatihah tiga kali dan surah Al-Ikhlas tiga kali, kemudian dilanjutkan dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak tiga kali. Selanjutnya si suami hendaklah berdoa kepada Allah agar mereka berdua sentiasa saling cinta mencintai.
2) Berwuduk selepas bersetubuh
Pasangan hendaklah terlebih dahulu membasuh kemaluan dan mengambil wuduk jika ingin melakukan persetubuhan ulangan pada satu malam. Berwuduk setelah selesai bersetubuh boleh menguatkan tenaga untuk persetubuhan seterusnya.
3) Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah.
Perlakuan hubungan kelamin suami isteri bukanlah semata-mata untuk memenuhi kehendak biologi pasangan. Ia juga seharusnya bertujuan untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunah Rasulullah. Allah akan memberikan ganjaran pahala yang sewajarnya bagi pasangan yang melakukan persetubuhan atas tuntutan agama. Para suami berniat bahawa beliau menggauli isterinya sebagai bersedekah kepada isterinya. Dengan kata lain, suami melakukan amal ibadah yang diberi pahala. Begitu juga dengan isteri yang melakukan persetubuhan dengan suaminya akan tergolong dalam amal ibadah yang berpahala kerana dengan tindakannya itu ia melaksanakan perintah agama untuk taat kepada suami. Oleh yagn demikian, persetubuhan juga perlu dimulakan dengan bacaan Basmalah dan doa supaya dengan bacaan itu suami isteri dan juga bayi yang mungkin lahir dihindarkan daripada godaan syaitan.
4) Pergauli isteri dengan cara yang sopan.
Para suami hendaklah menggauli isterinya dengan cara yang ma'ruf(baik). Termasuk kewajipan untuk bergaul secara ma'ruf ini ialah dalam hal yang berkaitan dengan hubungan kelamin dengan isteri.
5) Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu.
Suami yang ingin menyetubuhi isterinya hendaklah terlebih dahulu melakukan cumbuan untuk menimbulkan keinginan seks isterinya. Denga cara ini, kedua-dua pihak sama-sama mendapat merasakan kepuansan dariapda hubungan kelamin tersebut. Sehubungan dengan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda;
Jangan ada di antara kamu yang menyetubuhi isterinya seperti kelakuan haiwan melainkan adakanlah di antaranya satu tanda. Bertanya salah seorang: Apa tanda itu ya Rasulullah?, Jawab Rasulullah: Cium dan berkata yang manis.
6) Tidak mementingkan kepuasan diri.
Semasa melakukan hubungan kelamin, pasangan suami isteri diharapkan dapat mencapai orgasme secara bersama. Bagaimanapun terdapat keadaan di mana suami terlebih dahulu ataupun suami sahaja mencapai kemuncak. Dalam hal ini, suami perlu meimikirkan kepentingan kepuasan isteri. Jika suami sidah orgasme dan merasa puas, maka hendaklah dia memberi peluang kepada isterinya untuk mencapai kemuncaknya kerana terkadang wanita lambat orgasme. Kalau suami mencabut zakarnya sebelum isteri orgasme, maka isterinya mungkin kecewa dan nafsunya terus bergelojak. Sebaik-baiknya orgasme itu sama berlakunya bagi suami dan isteri dan ini menambahkan nikmatnya persetubuhan. Persetubuhan yang baik ialah kedua-dua pihak mendapat kepuasan.
Bersambung...
Penjagaan Bayi
Sebaik dilahirkan - BCG (untuk pencegahan Tibi), Hepatitis B dos pertama (cegah penyakit hati)
1 Bulan - Hepatitis B dos kedua
3 bulan - Tiga serangkai dos pertama (untuk mencegah penyakit batuk kokol, dipteria dan tetanus), Polio dos pertama (untuk penyakit lumpuh)
4 Bulan - Tiga serangkai dos kedua, Polio dos kedua
5 Bulan - Tiga serangkai dos ketiga, Polio dos ketiga, Hepatitis B dos ketiga
9 Bulan - Campak
Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa membawa bayi ke klinik untuk diperiksa dan diberi suntikan-suntikan tersebut supaya bayi tidak dijangkiti penyakit merbahaya yang boleh dicegah melalui imunisasi dan diberi percuma di klinik-klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan. Bayi-bayi yang dibawa ke klinik juga akan diperiksa dan dibuat penilaian berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan mereka dan anggota kesihatan dari masa ke semasa akan membberi nasihat berkaitan dengan penjgaan bayi.
Friday, July 13, 2007
Anda Mahu eBook berharga RM127 dan wang tunai RM 100?
sila ke forum wangcyber untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran F2R.
Klik sini untuk meneka.

Monday, July 9, 2007
Kenal diri sebelum mengenali pasangan
Berikut disenaraikan beberapa sikap diri yang perlu dielakkan supaya proses komunikasi suami isteri berkesan.
Mempunyai andaian-andaian yang salah mengenai peranan suami isteri : - misalannya, seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan.
Inginkan pasangan mempunyai sikap, perasaan dan demikian yang serupa dengan diri sendiri:- Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai skap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami/isteri perlu memberi ruang untuk sedikit perbezaan. Perbezaan begini memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap. Bagaimanapun, perbezaan sebegini ketap dijadikan rintangan dan sumber perselisihan. Cara yang berkesan menangani perbezaan yang tidak salah dari hukum syara' ialah menerima pasangan sebagaimana seadanya. Sekiranya terdapat sedikit 'cela', dari segi perangai pasangan, bersabar sambil berusaha.
Suka mencari kelemahan/kesalahan pasangan:-
Komunikasi, dan seterusnya perhubungan antara suami-isteri juga boleh terhalang sekiranya salah seorang atau kedua-dua bertabiat suka mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Sikap sebegini perlu dikikis supaya tidak terbawa-bawa di dalam perhubungan suami isteri.
Terlalu cemburu/tidak saling percaya:-
Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan ( dan lain-lain mesej) secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik.
Terlalu ingin berkuasa ke atas pasangan:-
Suami/isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujudkomunikasi sehala. Suami/isteri yang terlalu 'dominan', juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra.
Thursday, July 5, 2007
eBook Kamasutra versi Bahasa Inggeris
Untuk 18 tahun ke atas.
Sila daftar email anda di ruangan 'Muat Turun Percuma' untuk mendapat link download.
Wednesday, July 4, 2007
Tuesday, July 3, 2007
Rawatan kesuburan adalah proses panjang, mahal dan tidak menjanjikan kejayaan tinggi
SEBELUM anda membuka mulut untuk bertanya 'bila hendak menimang cahaya mata' kepada pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih berdua, fikirkan semula dan timbangkan masak-masak sama ada soalan itu perlu atau tidak, walaupun rasa ingin tahu membuak-buak.
Jika pertanyaan hanya sekadar menjadi 'pemanis mulut' untuk menyapa, baik lupakan saja niat baik anda itu.
Atau jika ada yang beranggapan dengan bertanyakan soalan seperti itu menandakan keprihatinan atau cuba tanda ambil berat, anda sebenarnya silap kerana ia jelas menunjukkan anda sebenarnya tidak sensitif terhadap perasaan orang.
Mungkin ada yang berkata, sekadar bertanya apa salahnya. Betul, memang tidak salah untuk bertanya tetapi bagi pasangan yang tiada anak, pertanyaan begini sebenarnya sangat berbisa dan bisanya terus menusuk ke dalam hati.
Tiada pasangan berkahwin yang tidak mahu anak; bezanya belum ada rezeki untuk mereka. Ketiadaan rezeki ini juga mungkin disebabkan masalah kesuburan, sama ada pada suami (40 peratus) dan isteri (40 peratus). Manakala 20 peratus lagi puncanya tidak diketahui dan hanya takdir Tuhan yang akan menentukannya.
Penyelaras Pusat Kesuburan Konsep, Hospital Service Damai (DSH), Toh Lu Yee, berkata kajian yang dilakukan Freeman et al ke atas 100 lelaki dan 100 wanita mendapati, 49 peratus wanita dan 15 peratus lelaki mengatakan isu kesuburan adalah perkara paling menyedihkan sepanjang hidup mereka.
Malah, Baram et al pula mendapati, 13 peratus wanita yang gagal mendapat anak selepas menjalani rawatan persenyawaan In-Vitro (IVF) mempunyai keinginan tinggi untuk membunuh diri kerana terlalu kecewa.
Manakala ada kajian lain menunjukkan pasangan yang berdepan masalah kesuburan mempunyai kecenderungan tinggi mengalami kemurungan.
Pertanyaan 'bila hendak dapat anak' atau 'kenapa tidak dapatkan rawatan' menyebabkan ramai wanita mengelak menghadiri majlis keramaian seperti kenduri atau perjumpaan kawan lama supaya tidak dihujani soalan menyedihkan ini.
Soalan seperti ini sebenarnya tidak perlu diajukan kerana tiada siapa dapat memberi jawapan. Soal anak dan kesuburan adalah kuasa Tuhan dan ia di luar kawalan setiap manusia.
Bahkan, ramai bukan sekadar bertanya tetapi cuba menjadi penasihat dengan menyarankan pelbagai kaedah, termasuk rawatan tradisional yang tiada bukti keberkesanannya.
Mereka mungkin berniat baik, tetapi mereka tidak sedar ia sudah keterlaluan dan melanggar hak peribadi orang lain. Tidak perlu memberi nasihat, kecuali jika diminta.
Sedihnya, soalan seperti ini biasanya tertumpu kepada isteri dan jarang diajukan kepada suami. Ini menyebabkan wanita mudah berasa sedih, kecewa, rendah diri dan ada kalanya lebih suka mengasingkan diri daripada bercampur dengan masyarakat.
Suami dan isteri mempunyai kebarangkalian sama untuk mengalami masalah kesuburan. Justeru, isu menyalahkan satu pihak sepatutnya tidak timbul hinggalah mereka menjalani pemeriksaan kesuburan.
Ketepikan cakap-cakap orang kerana ia tidak membantu menyelesaikan masalah anda, sebaliknya boleh membuat anda dan pasangan lebih sedih serta tertekan.
Sebaliknya, Toh menyarankan pasangan yang tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin (enam bulan jika isteri berumur 35 tahun ke atas) menjalani pemeriksaan kesuburan. Ini membolehkan mereka mengetahui kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan zuriat.
Lelaki yang ada masalah kesuburan (kurang sperma) biasanya sukar dan malu untuk membincangkan masalah mereka. Malah, mereka tidak tahu bagaimana hendak menerangkan keadaan itu kepada pasangan, berasa rendah diri dan hilang keinginan seksual sehingga tidak mahu mengadakan hubungan kelamin dengan isteri.
Jika masalah berpunca daripada isteri, suami perlu memberi sokongan sepenuhnya kerana rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan wanita biasanya lebih susah dan memakan masa lama. Sokongan dan kerjasama suami memudahkan proses rawatan, selain mengeratkan kembali hubungan yang semakin suram,” katanya.
Bagaimanapun, isu emosi pasangan yang tiada anak jarang diberi perhatian dalam rawatan kesuburan. Malah, ada kalanya pasangan sendiri tidak tahu rawatan apa diberikan kepada mereka.
Persediaan minda sebenarnya antara elemen penting dalam rawatan kesuburan supaya pasangan boleh menerima keputusan rawatan dengan baik.
Menurut Toh, tekanan berlebihan boleh merangsang penghasilan hormon prolaktin yang merencat proses ovulasi (penghasilan telur pada wanita) dan mengganggu pengeluaran sperma suami.
Tekanan juga boleh mengakibatkan lelaki mengalami masalah ereksi, bagaimanapun biasanya masalah kesuburan menyebabkan pasangan tertekan.
Mengapa kaunseling penting sebelum, semasa dan selepas rawatan kesuburan? Kata Toh, prosedur rawatan kesuburan itu sendiri boleh menyebabkan tekanan emosi.
Sebelum mendapatkan rawatan kesuburan, pasangan perlu faham masalah yang mereka hadapi. Rawatan kesuburan adalah proses panjang, mahal dan tidak menjanjikan kejayaan tinggi. Justeru, mereka perlu ada persediaan minda sebelum menjalani rawatan.
Antara faktor lain yang perlu difikirkan ialah kewangan, masa (mungkin perlu mengambil cuti bagi wanita bekerja), sokongan dan kerjasama suami serta kerahsiaan kerana masalah kesuburan adalah isu sensitif bagi kebanyakan pasangan.
Rawatan paling murah ialah hubungan kelamin terancang dan biasanya pasangan dinasihat melakukan sehingga enam cubaan saja (enam kali kitaran haid). Jika tidak berjaya, boleh beralih ke rawatan seterusnya supaya dapat menjimatkan masa dan wang.
Kaedah seterusnya ialah permanian beradas yang menelan belanja antara RM750 hingga RM1,000; yang boleh dicuba hingga tiga kali.
Dalam kaedah ini ramai pasangan mula tertekan dan hanya mengadakan hubungan kelamin jika perlu. Malah, ramai putus asa apabila kaedah ini juga gagal dan mulai berasa rendah diri.
Begitu juga kaedah persenyawaan In-Vitro yang dianggap 'roller coaster' dalam rawatan kesuburan. Embrio yang disenyawakan juga ada kemungkinan tidak melekat di dinding rahim atau jika wanita berjaya mengandung, ada juga yang gugur selepas dua atau tiga bulan.
Bagi pasangan seperti ini, kesedihan akibat keguguran sama seperti berlaku kematian orang tersayang dan biasanya mereka takut hendak meneruskan rawatan kerana bimbang keadaan sama berulang. Jika keadaan ini berlaku, kesedihan dialami akan berganda.
Berdasarkan kajian, pasangan yang mendapat kaunseling didapati lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan rawatan kerana mereka faham kesuburan bukan sesuatu yang boleh dikawal manusia. Rawatan canggih juga belum dapat menjanjikan kejayaan sepenuhnya.
Justeru, pasangan perlu ada sasaran dan tahu bila mereka perlu berhenti mendapatkan rawatan. Persediaan minda seperti ini perlu ada supaya mereka tidak mengalami kemurungan jika semua cubaan tidak berjaya.
Selain itu, pasangan perlu belajar cara mengatasi tekanan emosi seperti:
Tekanan emosi
> Pasangan takut untuk mengetahui keputusan pemeriksaan.
> Rawatan mengambil masa lama.
> Rawatan tidak menjanjikan peratusan kejayaan yang tinggi.
> Kos rawatan mahal.
> Pasangan mengadakan hubungan kelamin apabila perlu (berjadual).
> Pasangan putus asa apabila rawatan gagal.
> Berasakan kemampuan diri terhad (tidak mampu berfungsi sebagai suami atau isteri).
> Rendah diri.
Kaunseling
> Mendapat penjelasan mengenai sistem reproduktif.
> Meluahkan perasaan terhadap keputusan pemeriksaan atau rawatan.
> Sebagai tempat selamat dan selesa untuk meluahkan masalah serta berkongsi perasaan.
> Mengetahui cara menyelesaikan masalah dan mengurangkan tekanan.
> Membolehkan pasangan menjangka keputusan akhir rawatan dan cara menyediakan diri jika rawatan tidak berjaya.
> Mengetahui rawatan kesuburan alternatif seperti permanian beradas (IUI) atau persenyawaan In-Vitro (IVF).
©The New Straits Times Press (M) Berhad
Sunday, July 1, 2007
Masalah Browsing TipsKahwin.com menggunakan IE
terima kasey.
Wednesday, June 27, 2007
Tips Untuk Mendapat anak lelaki atau perempuan
Yang penting sekali adalah kesihatan pada kedua pasangan adalah baik.Ini kerana adalah sperma dari suami mempunyai dua unsur iaitu unsur X dan Y. Apabila unsur X bertemu dengan telur isteri maka akan terhasil anak perempuan.
Sperma X jika dilihat dengan mikroskop, bentuknya adalah agak besar sedikit daripada sperma Y, maka ia lebih dapat bertahan di dalam vagina isteri yang agak berasid. Bagi sperma Y yang agak kecil, ianya tidak dapat bertahan lama dan sperma ini yang menghasilkan anak lelaki.
Kata kunci disini adalah sperma X lebih lama bertahan dari sperma Y. Ini membolehkan kita merancang untuk mendapatkan jantina yang dikehendaki. Maka dengan menentukan keadaan vagina isteri, perancangan boleh dilakukan bersama pasangan.
Untuk mendapat anak lelaki.
1. Untuk si suami, digalakkan mengambil makan berprotein tinggi seperti daging merah manakal si isteri mengambil makanan bersifat akali atau neutral seperti sayuran hijau.
2. Pasangan akan bersama sebaiknya bermula pada hari ke 2 masa subur.
3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, si isteri haruslah membasuh kemaluan dengan menggunakan serbuk soda bikarbonat yang bercampur dengan air. ( 1 sudu kecil / segelas air )
Untuk mendapat anak perempuan.
1. Bertentangan dengan cara untuk mendapat anak lelaki, si suami pula harus banyak memakan sayuran manakala isteri pula mengambil diet protein yang tinggi.
2. Pasangan akan bersama bermula hari ke 2 masa subur.
3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, isteri perlu membasuh kemaluan menggunakan cuka masak bercampur air ( 1 sudu kecil / segelas air ).
Kaedah ini memberi peratusan hingga 75 ke 80% ketepatan. Walaubagaimanapun, kesemua ini adalah ketentuan Allah dan kita hanya berusaha untuk mendapat yang terbaik.
Wallahu A'lam...
Thursday, June 21, 2007
Harap Maaf : Dalam Proses Pengubahsuaian
Tuesday, June 19, 2007
Bantulah kepada yang memerlukan
Ini adalah satu kisah yang agak sedih untuk diperihalkan disini. Cuma dapatlah kiranya saudara atau saudari memberi sedikit sumbangan kepada beliau untuk mengurangkan beban yang ditanggung. Maklumat lanjut di sini...
http://www.szab.net/blog/2007/06/18/hulurkan-bantuan-ringankan-beban
Saturday, June 16, 2007
True Love... forever...
Friday, June 15, 2007
Prosedur Perkahwinan - Bahagian 1
Pasangan yang telah mengikat perjanjian pertunangan mengikut Hukum Syarak sama ada secara lisan atau tulisan. Sekiranya pertunangan mereka terbatal dengan sebab mungkin janji atau ingkar salah satu pihak, pihak yang teraniaya boleh membuat tuntutan gantirugi di mahkamah. Pasangan perlu menyiapkan beberapa perkara yang telah ditetapkan dalam prosedur pra perkahwinan seperti:
a) Calon pasangan adalah orang yang sah berkahwin.
- iaitu bukan orang yang tidak ada halangan untuk berkahwin (mahram) samada halangan kekal kerana persemendaan atau susuan seperti datuk/nenek, anak saudara yang emak/bapa saudara seperti adik beradik pasangan, emak/bapa saudara pasangan dan anak saudara pasangan.
- calon suami yang hendak berkahwin mestilah terlebih dahulu mengisi borang permohonan berkahwin yang boleh didapati daripada Penolong Pendaftar Nikah tempat beliau bermastautin atau Pejabat Agama Daerah dan kemukakan semula borang kepada Penolong Pendaftar Nikah tersebut bersama lain - lain dokumen berkaitan seperti:
- nama 2 orang saksi (lelaki) bersama salinan kad pengenalan.
- Kad pengenalan yang sah.
- Bukti Mastautin (alamat berlainan dengan tempat tinggal)
- Surat pengesahan bujang dari majikan/imam
- Sijil kursus Pra perkahwinan
- Surat memeluk Islam (saudara baru)
- Surat sokongan kedutaan (warga asing)
- Surat kebenaran mahkamah ( bawah umur)
- begitu juga dilakukan oleh calon isteri.
Thursday, June 14, 2007
Kekangan belanja perkahwinan
Ramai pasangan yang menghadapi masalah untuk mendirikan rumahtangga. Masalah terbesar sudah tentulah dari aspek kewangan. Kini terdapat pelbagai cara kita boleh menjana pendapatan yang jika dipraktikkan dengan betul, mampu memberikan pulangan yang lumayan lantas memudahkan majlis perkahwinan yang sudah lama dirancang. Di sini saya mengesyorkan satu pakej lengkap bagaimana untuk menjana wang melalui satu kaedah kewangan secara online iaitu Forex.
Pakej lengkap all-in-one KuasaForex ini mengandungi ebooks,video dan perisian komputer MetaTrade4 & Profitable Trend Forex System DAN
INDICATOR (BUY/SELL) KHAS KUASA FOREX
Video dalam pakej ini: akan menunjukkan bagaimana Fibonacci, Moving Average, MACD, RSI, Bollinger band dan beberapa indicator lain membantu anda mengenalpasti trend sebelum ianya terjadi, samada UP atau down.
Klik pada gambar untuk keterangan lanjut.
Tuesday, June 12, 2007
Kaedah Setubuh cara Islam
Jangan sekali-kali beranggapan kaedah ini haram. Jangan mengharamkan benda yang halal. Malah Rasulullah sendiri bercumbu-cumbuan sebelum melakukan jimat dengan isterinya.
Jika anda benar menghayati erti kasih sayang suami isteri, maka bercumbu-cumbuan sebelum mengadakan hubungan seksual amat digalakkan dalam Islam.
Merangsangkan Nafsu Seksual Suami - Isteri Cara Islam
Hampir sebahagian besar organ-organ manusia mempunyai deria rasa yang amat sensitif bagi lelaki dan wanita untuk menaikan nafsu syahwat masing-masing seperti gesel-geseran badan, raba dibahagian paha, punggung, buah dada, puting susu, leher, , telinga, kening, kaki, betis dan hampir seluruh tempat-tempat lain dibadan.
Bila dua insan lelaki dan wanita bersentuhan, maka secara spontan, mengikut fitrah alam semulajadi, makan keghairahan segera akan timbul.
Bila kemuncak keghairahan, dimana zakar telah tegang sepenuhnya dan si wanita telah bersedia dengan keghairahannya dan setelah dipersetujui makan zakar dimasukkan kedalam faraj secara pelahan-lahan dan cermat agar tidak menimbulkan kesakitan pada wanita.
Sekiranya faraj wanita kekeringan, maka gunakan sedikit air liur, disapu pada kepala zakar dan dimasukkan pelahan-lahan dan sopan. Jika persetubuhan memuncak, dinding-dinding otot-otot faraj dan rahim wanita akan berkembang dan mengucup sewaktu zakar berada didalam faraj.
Sebaik mungkin sewaktu melakukan hubungan seksual, pihak suami harus menarik dan menusuk zakar berulang-ulang kali sehingga si-isteri merasa puas dalam persetubuhan. Pastikan juga geseran zakar anda sewaktu tarik masuk zakar itu harus terkena pada klitoris. Ini akan memberi keghairahan yang memuncak dipihak wanita.
Jika anda tidak gopoh dan tidak gelujoh dalam persetubuhan, anda berdua akan merasakan suatu nikmat persetubuhan yang tidak terhingga yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada ummatnya.
Ingat ! Persetubuhan yang gopoh-gapah, gelujoh pasti akan kecewa kerana air mani akan cepat terpancut - pramasa. Ia akan mengecewakan anda dan juga pasangan anda. Tidak mustahil keretakan rumah-tangga juga disebabkan oleh tidak puasnya seks diatas ranjang.
Hubungan Seksual
Dalam kajian didapati ramai dikalangan suami isteri, boleh dikatakan tidak pandai berasmara atau lebih tepat dikatakan 'Jahil Seks'. Antaranya ialah:
Kesalahan dipihak Lelaki - Suami
· Bersetubuh bukan pada waktu subur
· Suami terlampau cepat pancut airmani / pramasa
· Suami terlampau gelujoh ( gopoh-papah)
· Kurang Bersetubuh ( Malas )
· Melakukan teknik persetubuhan yang salah
· Berputus Asa
Kesalahan di pihak Wanita - Isteri
· Pasif - Malas buat seks
· Frigiditi - Kurang Nafsu Seks
· Tidak ada mood
· Tidak pandai menggoda suami
· Asyik bertengkar dengan suami (nafsu akan padam)
· Faraj / vagina tidak bersih, berbau ( hilang nafsu seks suami)
· Terlampau banyak keputihan atau cairan
· Faraj longgar dan tidak sedap ( tidak ada cengkaman)
Apa Yang Wajib di Jaga Oleh Wanita - Isteri
· 30 - 60 minit sebelum setubuh, pergi kencing dan bersihkan faraj dengan air sirih atau air garam buku ( dalam asli)
· Setelah setubuh, jangan bergerak atau bangun. Terus tidur atau sekurang-kurangnya baring 30 - 60 minit, untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang terus kehujung fallopian tube.
· Jangan sekali-kali cuci faraj selepas setubuh
Apa Yang Wajib Di Amalkan Oleh Suami Isteri
· Lakukan persetubuhan sekerap mungkin
· Lakukan persetubuhan pada tarikh subur ( Hari ke 14 )
· Sebelum pancutan airmani, zakar hendaklah betul-betul tegang dan masukkan zakar 'sedalam' mungkin dan pacutlah airmani dengan laju.
· Lakukan seks dengan gaya dan teknik 'deep penetration' antaranya ialah teknik dari belakang, dimana wanita duduk melutut dan lelaki memasukkan zakar dari arah belakang sambil menarik pinggang isteri rapat kearahnya.(Teknik Tok Janggut), Teknik kedua kaki wanita kenkang keatas dan masukkan zakar yang betul-betul tegang terus kefaraj dari arah depan ( Teknik Che Siti Wan Kembang ) , Teknik lapik bantal dibawah punggung perempuan ( Teknik Puteri Saadong) dan lain-lain gaya yang difikirkan zakar dapat menusuk terus rapat ke hujong rahim.
Mana-mana gaya dan teknik yang menyakitkan isteri hendaklah diketepikan dan tukarkan dengan teknik-teknik lain yang sesuai.
· Selepas pancutan airmani, kekalkan zakar kedalam faraj beberapa ketika, sehingga zakar kecut atau sehingga faraj mengecut kembali.
Nasihat ini ditujukan kepada kedua suami isteri:
Kepada Suami: Berikan nafkah batin mu, mengikut lunas-lunas Islam. Biarlah isteri kamu merasa puas atas nikmat dunia yang dikurniakan Allah swt -
Kepada Isteri : Utamakan keinginan seks suami mu sebaik mungkin. Kehendak nafsu suami mu, WAJIB kamu tunaikan walau diatas unta sekali pun - Hadith Rasulullah swt.
Thursday, June 7, 2007
Panduan cari kepuasan dalam seks
DALAM hubungan seksual, sikap saling memahami dan tolak ansur penting kerana jika salah seorang pasangan terlalu mementingkan diri tanpa mempedulikan sama ada pasangannya puas atau tidak, hubungan itu akan menjadi hambar. Justeru, komunikasi penting dan sebagai suami isteri, jangan ada istilah malu untuk memberitahu atau menerangkan apa yang mereka mahu dalam hubungan seksual. Bagaimanapun, anda yang kerap menonton video lucah, jangan terlalu mengharapkan pasangan anda melakukan seperti yang anda lihat, sebaiknya berpijak di bumi nyata.
Di sini diterangkan beberapa panduan yang boleh anda ikuti untuk menyerlah hubungan seksual supaya masing-masing mendapat kepuasan atau dalam istilah perniagaan, menang-menang.
- Cuba tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Anda mungkin boleh membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang tanpa sepatah bicara.
- Biar anda lihat apa yang suami akan lakukan. Adakah dia akan bersabar atau terus menarik anda dalam pelukannya.
- Apabila anda berada dalam dakapan suami, cuba mainkan rambut anda di tubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami.
- Anda boleh memberi hadiah yang boleh diingati suami. Gigitan lembut di leher atau bahagian lain tubuh boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.
Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.
- Dari mata turun ke hati. Begitulah pentingnya aura mata. Apa kata dalam hubungan seksual, anda menatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan. Tidak perlu kata-kata untuk menggambarkan anda kasih dan cinta kepadanya kerana renungan mata sudah menceritakan segala-galanya.
- Lelaki memang suka membelai rambut wanita. Apa kata, dalam hubungan seksual, anda pula membelai rambut suami. Apabila duduk bersama, jangan malu untuk membelai rambut suami.
Belai dengan lembut secara perlahan dengan menggunakan hujung jari, dari dahi sehingga ke belakang leher.
- Hembusan nafas kadangkala boleh menghangatkan hubungan seksual. Jangan malu untuk menghela nafas anda ke telinga suami kerana ia boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.
- Dalam hubungan seksual, elakkan kehangatan menjadi suram kerana anda menyentuh kelemahan pada tubuh suami. Tumpukan kepada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.
- Lelaki memang sukakan kejutan. Apa kata sesekali anda memakai pakaian dalam yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan.
- Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.
- Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman di tubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba mengenakan minyak wangi yang boleh menyeronokkan suami.
- Hubungan seksual ibarat menikmati hidangan kerana anda perlu makan makanan yang berat, jika tidak timbul kebosanan atau hilang selera.
Justeru, sekali sekala, isteri boleh melakukan tindakan yang boleh membuatkan suami menjadi lebih agresif. Apa kata anda menarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.
Petua Penyusuan Ibu Yang Berjaya
1. Berkemahuan dan berkeyakinan untuk menyusui bayi anda:- Sekiranya puan merasa ragu, malu, resah atau cemas, pengeluaran 'oxitosin' boleh terhalang dan ini akan menghalang pengeluaran susu ibu.
2. Memulakan penyusuan secepat mungkin.
Reflex 'rooting' dan sucking (menghisap) bayi lebih kuat dalamasa 1 jam pertama selepas kelahiran. Ini akan merangsang pengeluaran prolaktin dan oxitosin yang menyebabkan pembentukan dan pengeluaran kolesterol. Pengeluargan oxitosin semasa hisapan akan mengecutkan rahim dengan cepat dan ini mengurangakan kejadian pendarahan.
3. Bersama bayi setiap masa (24 jam) " Rooming in"
Kenapa penting ?
Dalam 3 hari pertama, kolestrum akan dikeluarkan. Jumlah kolestrum yang dihasilkan adalah sedikit (20-30 mls) setiap susuan. Tetapi jangan bimbang kerana ia mencukupi untuk keperluan bayi puan. Ia sangat kaya dengan zat makanan dan antibodi.
Dalam tempoh ini, bayi perlu menghisap susu puan sekerap mungkin dan bila-bila masa ia mengdendakki serta selama mana bayi puan mahu. Sekiranya bayi tidur terlalu lama, kejutkan dan susui. Pastikan bayi puan melekap dengan betul dan menyusu di waktu malam. Bayi dan puan akan cepat mengenalpasti kedudukan yang paling selesa (posisi yang baik).
4. Demand feeding.
Kolestrum berubah kepada susu matang selpas dua minggu kelahiran. Susu ibu matang berubah dari masa ke semasa dari hari ke hari dan dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan (demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air bagi 6 bulan pertama. Semakin kerap bayi menyusu, semakin bertambah penghasilan susu. Puan juga perlu menyusukan bayi puan pada bila-bila masa terasa penuh untuk mengelakkan bengkak buah dada.
5. Teknik terbaik penyusuan susu.
Menyusui bayi sambil duduk atau berbaring adalah pilihan puan. Syarat pernting, puan dan bayi pun selesa.
5.1 Bagi memastiakan bayi selesa kedudukan bayi mestilah:
- i Bayi tenang tidak menangis
ii. Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
iii. Perut bayi bertemu perut ibu.
iv. Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
v. Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
vi. Punggung bayi diampu.
- i. Mulut bayi terbuka luas.
ii. Dagu bayi menyentuh buah dada.
iii. Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
iv. Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan perlahan.
v. Ibu mungkin mendengar bayi menelan.
- i. Ibu merasa sakit puting semasa dan selepas menyusu.
ii. Buah dada ibu mungkin bengkak kerana susu tidak dikeluarkan secukupnya.
6. Bagaimana cara meningkatkan penghasilan susu:
1. Bayi perlu melekap dengan betul.
2. Tidak memberi puting tiruan atau botol susu.
3. Tidak memberi apa jua minuman atau makanan selain dari susu ibu sebelum bayi berumur 4 bulan.
4. Beri bayi menyusu sekerap yang bayi mahu (demand feeding).
5. Beri bayi menyusu sebanyak yang bayi mahu.
6. Beri bayi menyusu di waktu malam.
7. Makan perlu berkuah, digalakkan makan daun pegaga dan sayur lobak putih.
Sudah bersedia untuk menyusu bayi?
Semasa mengandung, buah dada anda akan membesar kerana semakin banyak tisu susu yang terbentuk. Pakai coli yang sesuai untuk mengampunya dengan balk. Puting anda juga menjadi semakin gelap. Jaga kebersihan diri sepanjang masa hamil.
Kini anda sudah bersedia!
BAGAIMANA PROSES PENGELUARAN SUSU BERLAKU
Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi. Anak saraf dalam puting anda dirangsang bila bayi anda menetek. Seterusnya satu isyarat dihantar ke otak anda yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin.
Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada anda. Semakin kerap bayi anda menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan, Dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil. Apabila bayi menetek, ini akan merangsangkan pengeluaran hormon oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.
Walau bagaimanapun, proses yang mudah lagi semulajadi ini tidak akan berjaya sekiranya anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan. Jadi anda mesti sentiasa berfikiran positif!
MASA YANG PALING BAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI
Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik saja selepas bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya. Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolostrum). Jangan bimbang. Kolostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. la kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi. Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Buah dada anda mungkin terasa kosong pada permulaannya . Jangan risau. Bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.
Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ketiga dan keempat. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisannya tatkala ia lapar. (Baca bahagian tentang 'TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSU BAYI')
Susui bayi anda selama mana yang dia mahu. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan puting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini dinamakan 'penyusuan mengikut kehendak bayi'.
Amatlah penting anda menyusukan bayi selama mungkin atau sekurang-kurangnya 6 bulan. Ramai ibu yang terus menyusu walaupun setelah bekerja semula. (Baca bahagian tentang'MENYUSU BAYI UNTUK
IBU-IBU BEKERJA').
Timbang bayi anda selalu. Berat badannya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.
TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI
Ini bergantung pada citarasa dan pilihan anda sendiri kerana teknik penyusuan susu ibu adalah agak tersendiri. Anda boleh menyusu bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Apa yang anda perlu ingat ialah kedua-dua ibu dan bayi mestilah SELESA.
Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, cara anda memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek.
Kedudukan Badan
- Pastikan anda selesa. Bayi anda perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi diatas lengan ATAU duduk bersandar di kerusi.
- Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
- Gunakan apa-apa pun untuk bersandar atau merehatkan kaki. Gunakan bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh (seperti hamparan atau selimut yang dilipat dan apa jua yang diperlukan untuk merihatkan kaki anda) untuk menyokong anda dan bayi.
Pendek kata, perkara-perkara yang perlu diingati tentang cara memegang bayi ialah :
- bayi dipegang rapat dengan anda
- bayi diampu dengan baik
- bayi berhadapan dengan anda
- mulut bayi berada di bawah puting bila anda bersedia untuk menyusunya
- kepala, leher dan belakang bayi lurus
- Pastikan lengan tangannya tidak mengganggu bila ia menyusu.
Pastikan bayi anda sendiri mencapai puting anda; jangan paksa bayi anda. Bila bayi mencapai puting anda, pastikan :
- mulutnya terbuka luas
- bayi menghisap sebanyak mungkin bahagian perang (areola) di sekitai puting
Tembuni atau uri. Apa perlu dibuat?
Menurut amalan orang dulu, tembuni anak yang keluar sesudah kelahiran anak tersebut akan diambil dan dibersihkan. Tembuni itu kemudian akan dimasukkan ke dalam bekas dan ditanam. Amalan ini dilakukan dengan alasan bahawa tembuni itu adalah kembar anak tersebut atau merupakan sebahagian dari anggota anak yang baru lahir itu.
Ibubapa memang berhak mengambil tembuni itu dan menanamnya, tetapi dakwaan seperti di atas adalah bertentangan dengan Islam dan kepercayaan yang khurafat. Jika ibu-bapa tidak mengambil tembuni tersebut dan menyerahkannya kepada pihak hospital, perbuatan tersebut juga tidak menyalahi ajaran Islam.
Adab Menyambut Kelahiran dalam Islam
Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya: Disunatkan mengucapkan tahniah Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.
| ||||||||||
| “ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan | ||||||||||
|
“ mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau. Disunatkan azan dan Iqamah Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah. Melakukan Tahnik atau membelah mulut Mencukur rambut Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat, Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”. Manamakan anak Ditukil dari buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi | ||||||||||
Tuesday, June 5, 2007
Panduan Mencari Pakaian Pengantin Idaman
Tugas praperkahwinan yang tidak sabar dinantikan oleh bakal pengantin perempuan ialah memilih baju kahwin. Barangkali sesetengah telah membayang baju kahwin yang akan mereka gayakan sebaik sahaja si buah hati melamar. Cuma kemungkinan dek kerana dilambung ghairah, anda tidak mempertimbangkan samada khayalan itu praktikal atau tidak?
Jika anda tidak tahu di mana hendak bermula, dapatkan timbunan ilham daripada panduan yang kami kumpulkan sebagai panduan bagi memastikan saat bahagia dilalui dengan simbahan keseronokan, penuh riang dan gembira.
Kumpulkan majalah perkahwinan yang menyorot isu perkahwinan untuk menimbulkan ilham dan mencari aliran potongan semasa yang sesuai serta jangan lupa senaraikan harga-harganya.
Kini banyak majalah mengeluarkan senarai pakej perkahwinan dari segi pakaian, dandanan dan hotel. Jangan hanya melakukan urusan melaui telefon dan membuat keputusan sebelum temu janji. Dicadangkan anda luangkan masa beberapa hari berjalan-jalan di pusat membeli belah, masuk kedai-kedai yang berkaitan, melihat-lihat dan bertanya lebih lanjut.
Jangan lupa mengacukan sebanyak mungkin potongan yang ada. Kebanyakan baju kahwin tidak nampak cantik di gantungan tetapi apabila dipakai cantik. Ketika mengacu jangan lupa lihat sisi dan belakang.
Melalui cara di atas anda dapat mengagak anggaran peruntukan yang anda mampu. Pastikan anda buat anggaran setepat mungkin dan tentukan anda mengikut anggaran yang ditentukan.
Berikan waktu yang panjang sebelum memutuskan potongan baju kahwin. Adalah bijak bermula dengan potongan asas, sama ada anda suka kurung Johor, kebaya longgar atau kurung moden. Dan sekiranya anda bercadang memilih gaun, anda suka potongan tradisional, lurus, keruk 'empire' atau keruk 'princess'?
Kemudian tanyakan diri sama ada mahukan tathan labuci, manik atau sulaman?
Justeru itu, jangan tempah di saat-saat akhir. Kebanyakan kedai mengharapkan tempahan dilakukan tiga empat bulan sebelum hari perkahwinan.
Fikirkan samada anda mahu perkahwinan anda bertema. Misalnya konsep, warna, kain & gaya. Langkah ini secara tidak langsung akan memudahkan anda membuat pilihan pakaian.
Apapun pilihan anda, pastikan ianya praktikal.
Apabila anda menempah, anda ada dua pilihan. Sama ada menggunakan kain sendiri atau memilih kain di butik tempat menempah, kecuali anda menempah di kedai tukang jahit biasa.
Kain baju kahwin tidak murah. Samada anda memilih renda Peranchis atau Swiss, sutera Itali atau China, organza atau organdy, tanyakan pada tukang jahit atau pereka anda berapa meter yang diperlukan untuk membuat baju anda.
Jika peruntukan terhad, pertimbangkan menyewa baju kahwin. Jika tidak beli baju kahwin siap. Tetapi haruslah diingatkan bahawa baju kahwin siap tidaklah semurah mana dan kadang-kala tidaklah secantik mana.
Sesetengah butik ada membuat baju yang dikhususkan untuk promosi. Baju ini digunakan untuk kegunaan peragaan dan penggambaran. Cuba tawar harganya.
Dalam kegawatan ekonomi, banyak butik menawarkan pakej menarik . Dapatkan tawaran yang bagus.
Jika anda tidak bercadang menyimpan baju kahwin anda (tak kira sama ada gaun, kurung atau kebaya) cuba tanya pereka atau butik anda sama ada mereka boleh tolong jualkannya sebagai pakaian terpakai selepas anda pakai. Jika tidak, anda boleh jualkan kepada kedai-kedai terpakai. Secara ini, ia boleh membantu kewangan anda. Tetapi pastikan baju anda dalam keadaan baik.
Tonjolkan segala kelebihan anda, maksudnya paras rupa seperti ketinggian, pinggang ramping dan buah dad cantik. Pengantin tinggi tampak lampai dengan potongan langsing manakala pengantin yang rendah sepatutnya elakkan gaun kembang dan train, pilih perincian halus dan potongan lurus.
Kalau anda memakai gaun, ketahuilah gaun bentuk V di pinggang membias tinggi. Sembunyikan lengan yang besar dengan berlengan panjang. Elakkan baju bercengkek bagi yang berpinggang tinggi.
Sentiasa bawa seseorang (dua paling bagus) apabila anda pergi menempah dan mengacu baju kahwin. Dengan ditemani mereka, anda boleh mendengar komen dan mendengar pandangan mereka tatkala meyedang baju.
Minta kerjasama pereka untuk mencuba bersama layah (veil) supaya anda dapat gambaran rupa keseluruhan baju kahwin anda. Umpamanya layah yang pendek mungkin boleh mengubah baju biasa kepada sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang istimewa manakal layah labuh kemungkinan tidak sesuai.
Pilih pakaian pengiring anda sepadan dengan perincian atau baju kahwin anda. Sekiranya anda mempunyai konsep atau tema, pastikan ianya selaras dengan pengiring anda.
Fikirkan bentuk kasut. Baik bertumit tinggi atau rendah, ia akan memberi kesan berlainan kepada keseluruhan penampilan baju kahwin anda. Begitu juga warna dan jenis buatannya.
Perlengkapkan gaya dengan perhiasan kemas. Subang, rantai, keronsang, butang baju kurung, gelang tangan dan gelang kaki boleh menaikkan seri penampilan. Bagaimanapuun ia akan menambah perbelanjaan. Sekiranya anda tidak mampu membeli, pertimbangkan meminjam daripada adik-beradik, saudara-mara ataupun teman rapat. Atau sewa daripada mak andam atau butik anda.
Selepas selesai majlis perkahwinan, pastikan baju dihantar untuk cucian kering dan simpan ia dengan baik dalam kotak atau gantungkan ia di dalam sarung baju.
Menuju Alam Perkahwinan
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".
KENAL
Kita disuruh kenal/ta'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermu'amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya" Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya....
Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.
KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.
KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.
KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:-
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan
perkahwinan"
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat
Islam.
Rasulullah memberitahu:-
"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga. Hadis Nabi ada menyatakan:-
"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."
Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya,
Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur
kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan
bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.
"Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya" Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-
"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"
Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....
Perkahwinan adalah Satu Ibadah
Pelaksanaan secara sempurna adalah satu tuntutan agama. Oleh itu ulamak telah menulis dan menjelaskan dengan panjang lebar dalam hal ini dalam kaya-karya mereka yang terdapat dalam pasaran.
Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.
Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang."
Maka jelas sekali bahawa tujuan perkahwinan itu bukan untuk seronok-seronok atau sekadar melepaskan rangsangan hawa nafsu, tetapi ialah untuk melahirkan pertalian kasih sayang bagi kedua pasangan. Kasih sayang di sini ialah kasih sayang yang sejati dan abadi, dari usia muda sampai ke usia tuanya.
Dari sudut syara', hukum berkahwin itu terbagi kepada empat kategori: wajib, sunat, haram dan mubah. Setiap kategori ada sebab-sebab dan asas-asasnya tersendiri. Ia jadi wajib, kalau sesaorang itu sudah mampu (fizikal, material dan spiritual), dan takut terjerumus kelembah perzinaan kalau ia tidak berkahwin. Ia jadi sunat, kalau sesaorang itu mampu dan dalam waktu yang sama ia mempu menahan diri dari melakukan perzinaan, maka ketika itu baginya adalah lebih baik berkahwin dari membujang. Ia menjadi haram, kalau tujuan berkahwin itu semata-mata untuk balas dendam atau untuk menyakiti orang lain. dan ia menjadi mubah, kalau sesaorang itu tidak berhalangan untuk berkahwin sedangkan hawa nasfunya tidak kritikal untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama.
Kalau kedua-dua pasangan suami-isteri itu dapat memahami konsep ibadah dalam perkahwinan, maka sudah tentu masalah rumahtangga tidak timbul. Kerana setiap pasangan itu sentiasa berusaha memenuhi kehendak-kehendak dan tuntutan-tuntutan ibadah. Di antara tuntutan ibadah dalam perkahwinan ialah kesetiaan, iltizam, tanggungjawab, kasih sayang, hormat menghormati, bela membela, amanah, jujur, ikhlas dan sebagainya.
Dalam sebuah hadith, Baginda Rasulallah pernah bersabda yang bermaksud:
"Bahawa dua rekaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada tujuh puluh rekaat solat orang bujang".
Dengan kata lain, beristeri itu mendapat ganjaran dan pahala yang berlipat ganda berbanding dengan ibadah seorang bujang. Hikmahnya jelas sekali, ketika melakukan ibadah seorang yang sudah beristeri adalah lebih mantap dan tenang serta lebih khusuk. Atas asas inilah maka ibadah orang beristeri itu lebih baik dan lebih rewarding.
Dunia perkahwinan adalah dunia tanggungjawab dan iltizam yang berterusan, dari sebelum mendapat anak kepada sampai mendapat cucu-cicit. Di mana setiap pasangan diwajibkan menunaikan tugas masing-masing sehingga melahirkan rumahtangga yang aman damai dan bahagia.
Dalam sebuah hadith lain Baginda Rasulallah bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta menutup aurat dan taat kepada suami, maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu syurga yang disukainya."
Dalam surah An-Nur ayat 26, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan baik; perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Sebaliknya, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat: perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat pula."
Ringkasnya, kalau satu-satu pasangan itu berjaya memahami dan mengamalkan konsep ibadah dalam perkahwinan, maka kebahagiaan dan ketenteraman hidup itu boleh dicapai. Kerana konsep ibadah itu ialah konsep hidup bersih. Bersih lahir dan bersih batin. Tidak ada ibadah yang berasaskan kekotoran hati atau hasad. Inilah keindahan Islam bagi kehidupan manusia berumahtangga, berkeluarga, dan bermasyarakat.
Istiadat malam pertama
Di antara yang perlu anda fikirkan untuk melakukan istiadat pada malam pertama tersebut ialah:
- Jaga kebersihan diri anda dan pasangan anda. (Seelok-eloknya mandi dan bersihkan badan dan pakai wangi-wangian) Maklumlah siang tadi bekerja keras diarak ke sana ke mari.
- Wujudkan suasana yang damai dan romantik. Pastikan tempat tidur anda rapi dan kemas. Tidak ada lagi dulang hantaran dan pelbagai hadiah bersepah di atas tempat peraduan anda.
- Pastikan pakaian anda sesuai untuk pakaian tidur. Bukannya pakaian pendekar yang anda pakai pada siang hari tadi.
- Beri fokus kepada permainan sebelum melakukan jima'. Seperti belaian, picitan, bisikan kata-kata indah, ciuman dan seumpamanya. Ingat, orgasm atau nikmat puncak wanita bukan hanya terletak pada alat kelaminnya semata-mata, tetapi ia berada pada banyak tempat. Tidak sama seperti lelaki. Perkara ini boleh anda pelajari dari banyak buku yang terjual di pasaran.
- Memasukan zakar ke dalam faraj hanyalah apabila pasangan anda memang telah bersedia sepenuhnya dan lakukanlah dengan hati-hati agar kesakitan yang dirasai itu bersulam dengan kenikmatan yang anda dapat berikan. Kesakitan berlaku, apabila isteri belum lagi dapat menerima dan menikmati puncak kenikmatan yang sepatutnya dirasai. Kesakitan ini berlaku apabila suami hanya mementingkan keseronokan dan kenikmatan dirinya sendiri. Anda akan dapat mengenali dan mengetahui sama ada isteri anda telah bersedia untuk menerima kemasukan itu.
Jangan Tangguhkan Persiapan Perkahwinan
Seeloknya, sebaik sahaja cincin pertunangan disarungkan di jari manis wanita idaman, kedua-dua pihak bolehlah menyediakan persiapan untuk majlis perkahwinan secara berperingkat-peringkat. Jangan tangguhkan persiapan perkahwinan, kerana dikhuatiri masalah-masalah lain akan timbul. Biarpun tempoh perkahwinan yang telah ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak masih jauh lagi, misalnya dua atau tiga tahun akan datang, tetapi persiapan perkahwinan harus dimulakan. Paling tidakpun, anda perlu merancang jumlah perbelanjaan yang akan digunakan dalam majlis itu nanti.
Senaraikan segala barangan dan perkhidmatan yang diperlukan untuk majlis tersebut. Apa yang anda perlukan dan idamkan, perlulah dicatit supaya tidak tercicir dalam saat anda hampir menjadi raja sehari.
Dewasa ini, anda amat bertuah kerana anda boleh mendapatkan informasi perkahwinan di merata-rata media, terutamanya majalah. Terdapat beberapa majalah yang khusus untuk pasangan pengantin. Ia merangkumi tips, hantaran, pakaian, pelamin, kad jemputan dan sebagainya. Selain itu, anda boleh merujuk kepada butik-butik yang menawarkan perkhidmatan runding bagi majlis perkahwinan.
Jurunikah atau 'tok kadi' merupakan orang yang paling penting dalam memastikan anda 'diijab kabulkan' dengan selamat, teratur dan lancar. Anda perlu mencari jurunikah ini lebih awal kerana dikhuatiri mereka telah ditempah oleh pasangan lain, pada tarikh yang sama.
Apabila menyentuh soal kenduri, pastikan kaedah mana yang ingin digunakan, sama ada menggunakan khidmat katering atau memasak sendiri. Jika anda memilih katering, tempahan hendaklah dibuat seawal mungkin. Jangan menyerahkan segala-galanya kepada katerer dalam soal menu, kerana selain kelancaran majlis, tetamu yang hadir juga menilai menu yang dihidangkan. Sebaiknya berbincanglah dengan katerer berkenaan, menu yang sesuai dengan suasana majlis anda dan pastikan ia berpatutan dan mencukupi. Anda juga boleh menempah katerer yang lain jika dirasakan tidak sesuai.
Bagi mereka yang lebih selesa memasak sendiri, pastikan menu yang ingin dihidangkan dan senaraikan segala bahan yang diperlukan. Perkara penting yang harus dititkberatkan juga ialah tenaga kerja yang akan membantu anda untuk bergotong-royong. Tenaga kerja perlulah mencukupi dan sediakanlah sedikit wang, bagi menghargai bantuan dan pertolongan mereka.
Tempahan khemah juga hendaklah dibuat lebih awal. Hal ini kerana penggunaan khemah mempunyai permintaan yang tinggi. Selain itu tujuannya bagi memastikan ia dapat didirikan pada masanya. Semasa memilih khemah, pastikan ia mempunyai kipas bagi memastikan keselesaan tetamu yang hadir.
Kad jemputan memainkan peranan dalam menentukan jumlah tetamu yang dijemput menghadiri majlis anda. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk kad jemputan di pasaran. Anda hanya perlu pilih yang sesuai dan senada dengan warna pelamin atau baju pengantin anda. Apa yang penting ialah, pastikan cetakan nama anda dan pasangan anda serta alamat betul. Jika tidak segeralah membuat pembetulan.
Bagi mereka yang ingin mengelakkan pembaziran dan menghadkan perbelanjaan, bolehlah sertakan sekali kad jawapan di dalam kad jemputan anda. Bagi mereka yang akan hadir, mereka akan menghantar semula kad jawapan tersebut, berserta bilangan orang yang akan hadir ke majlis anda. Dengan itu, anda bolehlah merangka perbelanjaan anda. Tetapi awas, ada juga tetamu yang tidak menghantar semula kad jawapan tersebut, tetapi hadir ke majlis anda.
Mungkin anda pernah menghadiri majlis perkahwinan di mana kompangnya dimainkan melalui kaset atau cakera padat. Apa yang anda dapat rasakan ketika itu? Tentunya majlis itu kurang meriah. Bagi mengelakkan situasi itu, anda perlulah menempah pasukan kompang dengan lebih awal.
Bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan mak andam, perlulah menempah mereka lima atau enam bulan lebih awal. Pilihlah mak andam yang bersesuaian, bagi memastikan penampilan anda sebagai raja sehari benar-benar memuaskan. Anda boleh meminta mereka menyolek anda (sebagai percubaan), agar solekan mereka memuaskan hati anda dan mampu menaikkan seri wajah anda.
Selain perkhidmatan solekan, mak andam juga biasanya mempunyai set pelamin dan baju pengantin. Jadi anda berpeluang memilih pelamin dan baju yang bersesuaian dengan citarasa anda. Anda juga boleh meninjau di butik-butik pengantin yang menyediakan fesyen terkini atau kontemporari, yang mungkin lebih menarik perhatian anda.
Seperti yang kita sedia maklum, majlis seumpama ini dilakukan sekali seumur hidup. Bagi memastikan kenangan itu terus terpahat di hati, anda bolehlah menempah jurufoto atau jurukamera untuk merakamkan detik-detik manis anda bersama. Elakkan daripada meminta saudara-mara anda yang merakamkan gambar-gambar anda kerana mungkin ia kurang berkualiti. Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti, pilihlah jurufoto atau jurukamera yang pakar dalam bidang mereka, ini bagi memastikan detik manis anda bersama suami atau isteri sentiasa di ingatan.Jadikanlah majlis raja sehari anda, majlis yang diingati oleh semua tetamu yang hadir. Kelancaran dan kemeriahan majlis adalah penting, dengan itu rancangkan sebaik mungkin majlis yang anda inginkan. Semoga berjaya dan selamat pengantin baru.
dari www.perkahwinan.com.my
Menaikkan Seri Wajah Pengantin
Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka. Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut.
Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas.
Caranya :-
44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !
30 hari sebelum hari perkahwinan - Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai "Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik. Cubalah.
Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju ungu di hari perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat pilihan yang bijak.
Monday, June 4, 2007
Mas Kahwin
Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa perkara-perkara yang berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu anda akan mendapati bahawa wang mahar yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan.
Pemberian mas kahwin atau juga dikenali sebagai pembayaran mahar, adalah pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar oleh suami kepada isterinya.
Di dalam surah an-Nisa, ayat 24, Allah telah berfirman bahawa: Carilah isteri dengan harta mu untuk dikahwini bukan untuk berzina. Maka isteri yang kamu nikmati, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajipan; dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakan, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Pembayaran mas kahwin ini akan dilakukan semasa akad nikah. Ia boleh berbentuk wang atau sesuatu yang boleh dinilai dengan wang. Contohnya, jika seorang wanita tidak mahukan mas kahwinnya dalam bentuk wang, dia boleh menentukan agar barang kemas dianggap sebagai mas kahwin.
Dalam masyarakat kita, adalah menjadi kebiasaan bagi mas kahwin dalam bentuk wang tunai dan dibayar semasa akad nikah. Bayaran ini tidak semestinya dilakukan secara tunai pada satu masa, kerana ia boleh dibayar secara hutang. Ini bermakna bahawa bayaran mas kahwin tersebut adalah tertunggak pada waktu yang ditentukan.
Begitupun, jika dilihat wang mahar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri, ia adalah agak kecil. Maka adalah baik sekiranya bayaran mahar adalah menurut kadar ketetapan kerajaan, agar ia dibayar tunai secara langsung. Ini juga kerana mengambil kira salah satu syarat dalam perkahwinan agar si suami mampu untuk menyara bakal keluarganya.
Dengan mengambil kira kadar ketetapan yang kecil ini maka adalah boleh bagi suami yang mampu berkahwin untuk tidak berhutan maharnya.
Sekiranya mas kahwin telah tertunggak ia akan dianggap sebagai hutang dan perlu dibayar oleh suami. Jika terjadi perceraian di antara pasangan dan isteri masih belum dibayar mas kahwin maka isteri boleh menuntut bayaran tersebut.
Begitu juga sekiranya suami meninggal dunia sebelum melangsaikan mas kahwin. Isteri boleh menuntut haknya daripada harta pusaka sebelum dibahagikan di antara waris.
Walaupun pihak negeri telah menetapkan bayaran mas kahwin, ia adalah sebagai kadar minimum yang perlu dibayar oleh suami. Suami boleh membayar mas kahwin yang lebih tinggi.
Rujukan boleh dilakukan ke atas Surah an-Nisa pada ayat 4 yang bermaksud:`Dan berikanlah kepada perempuan (di atas perkahwinan mereka) mas kahwin sebagai pemberian ikhlas, tetapi jika mereka dengan tulus hati memulangkan apa-apa bahagian daripada mas kahwin itu hendaklah diterima dengan hati yang lapang dan ikhlas.
Seorang isteri adalah berhak ke atas mas kahwinnya. Ia merupakan hak mutlak dan tidak boleh disentuh oleh suami melainkan jika isteri merelakan suami menggunakannya seperti yang tersebut di dalam ayat di atas.
Sememangnya terdapat perbezaan di antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib, tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada isteri.
Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menentukan kadarnya. Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini berlainan dengan mas kahwin.
Secara amnya, dalam adat Melayu wang hantaran merupakan bantuan bagi pihak isteri untuk belanja kahwin. Ia bertujuan mengurangkan beban isteri dan keluarga isteri dalam membuat persiapan majlis perkahwinan.
Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang kini bakal menjadi pasangannya. Jadi, sekiranya wang hantaran telah diserahkan kepada pihak isteri, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya.
8 Tips Senggama ala Kamasutra
1. Teratai Mekar
Posisi wanita berbaring telentang membuka kaki selebar mungkin, merendahkan kepalanya dan mengangkat bagian-bagian tengah tubuhnya. Pihak lelaki memeluk bagian tengah sehingga memudahkan masuknya Mr P ke dalam. Posisi seperti ini dapat merasakan sensasi yang berbeda.
2. Kuncup Teratai
Posisi kurang lebih sama seperti diatas, hanya saja pada bagian ini wanita mengangkat kedua belah pahanya dan membiarkannya tetap terbuka lebar lalu melakukan penetrasi. Ketika melakukan posisi ini, lelaki bias bergerak ke depan dan belakang, juga dapat melakukan gerakan zig zag.
3. Tekukan Teratai
Wanita menekuk lututnya sehingga kedua paha dan betisnya saling berdempetan lalu posisi berbaring menyamping. Sementara sang pria bisa ‘menyerang’ dari posisi yang paling mudah. Posisi ini dalam Kamasutra disebut posisi Indrani. Posisi ini membutuhkan latihan yang berulang-ulang. Karena gayanya tidak biasa dan termasuk dalam tahap hubungan seksual tingkat tinggi.
4. Teratai Mengunci
Kedua kaki laki-laki maupun wanita direntangkan lurus keluar ke arah pasangan masing-masing, disesuaikan dengan kebiasaan tidur masing-masing pasangan. Pada posisi miring, pihak lelaki harus selalu berbaring dengan sisi kiri tubuhnya. Sedangkan wanita berbaring miring pada sisi kanannya.
5. Teratai Menekan
Jika sudah dalam posisi mengunci, kemudian perempuan menekan Mrs V menuju Mr P pasangannya dengan kedua pahanya. Tekanan dari depan ke belakang yang kuat terhadap penis akan ditemui seni bercinta yang luar biasa meski agak sulit. Tapi dari kesulitan itu didapat seni kenikmatan.
6. Teratai Memeluk
Posisi wanita salah satu pahanya ditempatkan pada melintang paha pasangan. Posisi ini sangat mudah dilakukan,santai dan tidak terlalu berbelit. Dilakukan sembari duduk berhadapan,sementara kedua tangan saling berangkulan. Ciuman dan eratnya pelukan memperdalam keintiman pasangan. Sesekali wanita dapat melepaskan rangkulannya dan menahan dengan tangannya.
7. Belahan Teratai
Wanita meletakkan salah satu kakinya diatas bahu pasangan, kaki yang satunya lagi direntangkan lurus ke depan. Kemudian kaki yang direntangkan itu diletakkan diatas bahu kekasihnya. Terus kaki yang tadi diletakkan diatas bahu direntangkan keluar, lalu melakukan posisi ini secara bergantian.
8. Teratai Gantung
Laki-laki menyandarkan dirinya pada sebuah tembok, dan wanitanya duduk diatas kedua tangan pasangannya yang disatukan dan menyangga pantat wanita. Wanita melingkarkan kedua tangannya pada leher laki-laki lalu meletakkan kedua pahanya pada pinggang laki-laki. Sembari menggerakan dirinya dengan kedua kakinya yang menyentuh tembok tempat sandaran laki-laki.



















